Site icon TechNave BM

Segala permohonan mengenai pengeluaran wang KWSP hanya dibuat dalam talian sahaja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mendedahkan butiran lanjut berhubung Pengeluaran Khas 2022 yang membolehkan ahli mengeluarkan sehingga RM10,000. KWSP melalui Facebook rasminya mengatakan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas itu hanya boleh dibuat secara dalam talian.

KWSP menjelaskan permohonan itu hanya boleh dibuat melalui portal Pengeluaran Khas 2022 di laman web rasminya. Untuk makluman, sila pastikan anda mengakses laman web yang betul kerana KWSP sebelum ini telah memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa penipu menyasarkan ahlinya dengan meeggunakan laman palsu.

Selain itu, KWSP turut mengingatkan ahlinya untuk melaksanakan beberapa tugas mudah bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar. Ia termasuk mengemas kini profil dengan nombor telefon bimbit terkini, menyemak baki akaun KWSP semasa dan memastikan akaun bank yang dipautkan kepada KWSP kekal aktif.

Selain itu, ahli juga diingatkan untuk menyemak sama ada akaun KWSP mereka didaftarkan atas nama mereka sendiri dan bukannya akaun bersama atau akaun syarikat. Ini kerana Pengeluaran Khas 2022 hanya terpakai untuk akaun pekerja KWSP di bawah nama individu.

Bagi ahli KWSP yang tidak mempunyai sebarang akaun bank, badan berkanun itu berkata individu tersebut masih boleh memohon tetapi memilih kaedah pembayaran yang berbeza. Untuk maklumat lanjut, KWSP berkata ia akan menerbitkan bahagian Soalan Lazim (FAQ) tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version