Site icon TechNave BM

Sejauh manakah telefon pintar vivo boleh bertahan dalam situasi harian?

vivo merupakan sebuah jenama telefon pintar yang sangat terkenal kerana semua produknya telah dibina dengan standard yang sangat tegas demi mencapai kehendak pengguna. Semua telefon pintar vivo perlu melalui pelbagai ujian ketahanan bagi memastikan bahawa hanya telefon yang terbaik boleh ditawarkan ke dalam tangan pelanggan, jadi anda boleh yakin bahawa setiap telefon vivo yang anda miliki akan bertahan selama bertahun-tahun.

Sebelum dilancarkan ke dalam pasaran umum, telefon vivo perlu menjalani beberapa ujian ketahanan seperti dijatuhkan setinggi 1.5 meter, diputarkan sebanyak 500 kali, dicampak sebanyak 42,000 kali, ditekan sebanyak 1,000 kali, dihubungkan dengan palam elektrik sebanyak 10,000 kali dan ditekan pada bahagian sisi sebanyak 150,000 kali. Semua ujian ini mensimulasikan keadaan yang akan dialami oleh telefon vivo dalam situasi harian.

Selain itu, telefon vivo juga akan menjalani ujian goncang (swing test) di mana ia akan digoncangkan sebanyak 10,000 kali selama dua jam bagi memastikan ia masih berfungsi dengan baik walaupun selepas ia mengalami goncangan yang kuat.

Bagi mengatasi situasi iklim yang ekstrem, vivo telah meningkatkan jurang suhu yang perlu diuji oleh telefon-telefonnya iaitu sekitar -40℉ ke 167℉, jauh lebih tinggi daripada standard yang ditetapkan oleh industri telefon iaitu -13℉ ke 122℉. Walaupun dengan suhu sejuk dan panas melampau, telefon vivo masih boleh berfungsi dalam situasi tersebut.

Telefon vivo turut menjalani ujian yang melibatkan air seperti semburan air garam selama dua jam, ujian sauna selama 22 jam dan juga akan disembur dengan air sejuk daripada semua arah. Ini demi memastikan bahawa telefon vivo yang kalis air masih boleh berfungsi dengan baik.

Sewaktu pembangunan produk, vivo perlu menggunakan sekitar 7,000 hingga 10,000 telefon untuk menjalani ujian-ujian tersebut demi mencapai produk akhir yang paling sesuai untuk pengguna. Semua produk vivo juga telah mendapat pengiktirafan pihak ketiga seperti Conformitè Europëenne (CE), China Quality Certification (CQC), Bureau of Indian Standards (BIS), Certification Body (CB) dan banyak lagi.

Sejak 2010, vivo sentiasa memperbaharui teknik ujian mereka dengan kajian dan penyelidikan (R&D) menyeluruh. Baru-baru ini, makmal vivo Central Laboratory telah mendapat pengiktirafan China National Accreditation Service for Conformity Assessment (CNAS) agar setiap ujian produk boleh dilaksanakan dengan lebih teliti.

Dengan standard tinggi yang telah ditetapkan oleh vivo dalam sistem pengurusan produk, mereka berjaya mencapai kadar lulus sebanyak 99.95% iaitu keperluan yang telah ditetapkan oleh jabatan pengawalan kualiti. Oleh itu, anda tidak perlu risau langsung kerana setiap telefon vivo pasti boleh bertahan dalam apa-apa situasi yang anda harungi.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli telefon pintar vivo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version