Site icon TechNave BM

Sekolah Digital Selangor akan bermula pada 2022, bina bakat untuk sektor digital

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor bakal menubuhkan Sekolah Digital Selangor pada tahun hadapan demi mengasah bakat tempatan dalam bidang digital. Ia juga bertujuan untuk mengisi sekitar 500,000 jawatan kosong dalam bidang tersebut.

Beliau berharap kerajaan negeri boleh menawarkan kursus pendek, diploma, ijazah dan sarjana dalam program tersebut. Ia adalah inisiatif terbaru dalam Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) yang dibina bersama hab pembelajaran antarabangsa The Hive dan Universiti Selangor.

Beliau berucap tentang perkara ini sewaktu merasmikan Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor 2021 (SDEC 2021) yang berlangsung pada 18-21 November 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menyertai program ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Selangor Kini

Exit mobile version