Site icon TechNave BM

Sekuel Among Us dibatalkan, pembina ingin terus perbaiki ‘game’ pertama

Game Among Us yang meraih populariti mendadak sepanjang pandemik COVID-19 sepatutnya bakal menerima sekuel Among Us 2 pada masa akan datang. Namun, syarikat pembinanya InnerSloth memutuskan untuk membatalkan sekuel tersebut dan menumpukan perhatian mereka pada memperbaik game yang asal.

Pada asalnya, Among Us 2 dirancang kerana Among Us 1 adalah game dengan codebase yang lama dan tidak mampu menyokong pertambahan kandungan baru. Namun memandangkan sangat ramai orang mula bermain Among Us 1 baru-baru ini, InnerSloth memutuskan untuk memperbaharui game tersebut agar ia boleh beri lebih banyak kandungan baru.

Kandungan yang dirancang untuk berada dalam Among Us 2 akan dimasukkan dalam Among Us 1. Untuk makluman, Among Us 1 telah dilancarkan pada 15 Jun 2018.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Itch.io

Exit mobile version