Site icon TechNave BM

Selain telefon ‘gaming’ Redmi, HONOR X20 juga mungkin dilengkapi cipset Dimensity 1200

Siri X dari HONOR sering kali dibandingkan dengan siri Redmi Note sejak dari dulu lagi. Namun, selepas halangan yang dialami HUAWEI tahun lalu, HONOR X10 tidak dapat untuk dijual secara global, hanya di pasaran China sahaja.

Kini, beberapa bulan selepas kemerdekaan HONOR dari syarikat induk HUAWEI, berita mengenai telefon generasi baru siri X, HONOR X20 telah mula muncul dalam talian.

Berdasarkan sumber di Weibo, HONOR X20 mungkin akan dikuasai oleh cipset Mediatek Dimensity 1200. Untuk spesifikasi lain, ia dikatakan akan hadir dengan spesifikasi yang hampir sama seperti telefon kelas pertengahan yang lain.

Jika anda tidak perasan, HONOR telah membuat perubahan pada siri X mereka. Penamaan peranti dari siri ini kini bermula dari huruf X berbanding nombor yang digunakan pada sebelum ini (HONOR 9X kemudiannya HONOR X10).

HONOR X20 dikatakan bakal bersaing dengan realme GT Neo dan juga telefon gaming Redmi yang mungkin akan dilancar pada bulan April ini.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version