Site icon TechNave BM

Selain Zoom, anda juga boleh menggunakan Google Meet (asalnya Hangouts Meet)

Penularan COVID-19 yang menggesa agar semua rakyat di seluruh dunia untuk kekal berada di rumah telah melahirkan pelbagai usaha dan inisiatif agar tugasan di tempat kerja masih boleh berjalan dengan lancar. Terkini, aplikasi konferens secara video telah banyak digunakan termasuklah Google Meet.

Jika anda tidak pernah mendengar nama Google Meet, namanya terdahulu adalah Hangouts Meet. Hangouts Meet telah dijenamakan semula oleh Google, menjadi Google Meet. Turut terkenal sebagai aplikasi konferens video dalam talian adalah Zoom. Kini Google Meet boleh menjadi pilihan terbaru anda untuk meneruskan kelangsungan perjumpaan secara maya di rumah memandangkan isu keselamatan Zoom masih belum diselesaikan.

Apa pun, penjenamaan semula Google Meet ini sememangnya benar melalui sebuah perkongsian blog Google Cloud, tetapi mungkin mengambil masa untuk memperkenalkannya dengan nama tersebut. Adakah anda pernah menggunakan Hangouts Meet? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Google Cloud

Exit mobile version