Site icon TechNave BM

Selangkah dan Kiple bekerjasama lancarkan Selangkah Wallet: Pembayaran tanpa tunai & sentuhan

Platform teknologi kesihatan Selangkah bekerja­sama dengan Kiplepay Sdn Bhd untuk melancarkan Selangkah Wallet yang tersedia di aplikasi mudah alihnya bagi memudahkan peniaga serta pelanggan membuat pembayaran tanpa sentuh dan tunai. Selangkah juga bekerjasama dengan RIUH untuk acara ‘RIUH Christmas Tropicola 2021’ yang berlangsung pada 4 dan 5 Disember di Sentul Depot, Kuala Lumpur. 10,000 pengguna pertama Selangkah Wallet dapat menebus satu RM5 baucer diskaun untuk digunakan di acara 2 hari tersebut.

Selangkah Wallet dikuasakan oleh Kiple memudahkan pelanggan membuat pembayaran dari segi QR, tambah nilai kredit, pemindahan kredit, tambah nilai mudah alih dan pembayaran bil. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini di Farmasi Selcare dan Klinik Selcare bagi pembelian produk serta perkhidmatan kesihatan. Pembelian melalui Selangkah Wallet hanya beberapa klik sahaja bagi peniaga terpilih. 

Mereka amat komited untuk menjaga keselamatan pengguna serta memainkan peranan baharu dalam ekosistem tanpa sentuh. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Selangkah, Tengku Iesta Tengku Alaudin, mereka turut melancarkan lagi ciri dan perkhidmatan dalam beberapa bulan akan datang. Mereka akan sentiada berusaha untuk membantu rakyat Malaysia dari segi digital yang semakin berkembang.

Aplikasi Selangkah boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version