Site icon TechNave BM

Selepas 70 tahun, Ikea kini henti cetak buku katalog, akan ditawarkan dalam bentuk digital sahaja

Jenama perabot antarabangsa dari Sweden, IKEA, telah memutuskan untuk berhenti mencetak buku katalognya bermula 2021. Jenama tersebut terkenal dengan buku katalog tahunannya yang memaparkan gambar-gambar menarik untuk produknya dan diberikan secara percuma kepada para pelanggan.

Dalam sebuah kenyataan dalam laman web IKEA Malaysia, jenama tersebut menghargai sokongan para pelanggan selama 24 tahun ia beroperasi di sini. Dalam laman web IKEA antarabangsa pula, mereka mengatakan katalognya adalah antara ikon terpenting yang menyumbang kepada kejayaan syarikat tersebut.

Katalog IKEA merupakan antara penerbitan yang terlaris dalam dunia, dengan cetakan tertinggi pada 2016 sebanyak 200 juta buah buku di 50 negara dalam 32 bahasa berlainan. Buat pelanggan di Malaysia yang ingin mendapatkan buku katalog IKEA terakhir, buku tersebut masih boleh didapati di kedai-kedai IKEA.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IKEA Malaysia

Exit mobile version