Site icon TechNave BM

Selepas 8 tahun dalam pembinaan, akhirnya ‘remake’ Half-Life dilancarkan secara rasmi

Gamers yang meminati siri popular Half-Life kini boleh memainkan game itu dalam versi yang dibina semula (remake) iaitu Black Mesa. Selepas lapan tahun dalam pembinaan dan tarikh pelancarannya ditangguh berbelas kali, Black Mesa akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 7 Mac 2020.

Black Mesa pada asalnya adalah sebuah projek daripada para peminat setia Half-Life untuk membina semula game yang dilancarkan pada 1998 itu kepada sebuah versi yang lebih moden, dengan grafik yang lebih terperinci serta rekaan permainan (level design) yang baru. Ia dibina sebagai sebuah mod untuk Half-Life 2 pada 2012 kemudian dilancarkan sebagai game Early Access pada 2015.

Projek ini dibina oleh sekumpulan peminat Half-Life yang menggelarkan diri mereka sebagai Crowbar Collective. Walaupun mereka telah diberi izin oleh pembina asal Half-Life, Valve, untuk membina semula game tersebut, Valve tidak terlibat secara langsung dalam pembinaan Black Mesa.

Jika anda ingin memainkan Half-Life yang asal, ia boleh dimainkan secara percuma hingga hujung bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika Half Life adalah francais game kegemaran anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Black Mesa Steam

Exit mobile version