Site icon TechNave BM

Selepas ditolak Honda, Nissan kini mencari pelaburan daripada Tesla

Sebuah kumpulan berprofil tinggi di Jepun yang terdiri daripada bekas Perdana Menteri Yoshihide Suga, telah mencadangkan agar Tesla melabur dalam Nissan selepas kegagalan rundingan penggabungan antara Nissan dan Honda. Mereka percaya bahawa Tesla berminat untuk memperoleh kilang-kilang Nissan di Amerika Syarikat.

Nissan enggan mengulas mengenai laporan ini manakala Tesla tidak memberikan sebarang maklum balas. Selain itu, Foxconn bercadang untuk membentuk kerjasama dengan Honda yang matlamat akhirnya bagi mewujudkan rangka kerja empat hala yang turut melibatkan Nissan dan Mitsubishi Motors.

Beberapa penganalisis meragui minat Tesla untuk memperoleh kilang di Amerika Syarikat memandangkan kapasiti yang mencukupi di kilang sedia ada dan penurunan penghantaran tahunan pertama pada 2024. Tesla menyatakan bulan lalu bahawa mereka menjangkakan perniagaan kenderaan akan kembali berkembang tahun ini.

Sementara itu, saham Nissan meningkat sebanyak 9.6% selepas laporan mengenai cadangan pelaburan oleh Tesla. Nissan dan Honda sebelum ini menamatkan perbincangan untuk membentuk syarikat kereta bernilai $60 bilion dan kini Nissan berhasrat mencari rakan kongsi baharu.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version