Site icon TechNave BM

Selepas foto dan video, ciri Lihat Sekali pada WhatsApp kini tersedia untuk mesej suara

WhatsApp memperkenalkan Lihat Sekali untuk foto dan video pada tahun 2021 untuk menambah satu lagi lapisan privasi pada mesej pengguna. Hari ini, WhatsApp mengumumkan bahawa pengguna kini boleh menghantar mesej suara yang akan hilang setelah didengar.

Ia boleh dimanfaatkan ketika berkongsi butiran kad kredit kepada rakan atau maklumat sensitif melalui mesej suara tanpa perlu berasa risau. Sama seperti foto dan video Lihat Sekali, mesej suara Lihat Sekali ditandai dengan jelas dengan ikon “sekali” dan hanya boleh dimainkan sekali sahaja.

Seperti semua mesej peribadi, WhatsApp melindungi mesej suara anda dengan penyulitan hujung ke hujung secara automatik dan Lihat Sekali merupakan satu lagi contoh inovasi privasi berterusan pada lapisan keselamatan WhatsApp.

Mesej suara Lihat Sekali dilancarkan secara global dalam beberapa hari akan datang dan kami menantikan maklum balas anda. Lihat maklumat lanjut tentang cara Lihat Sekali berfungsi di sini. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version