Site icon TechNave BM

Selepas Galaxy Z Fold2, kini telefon lipat Samsung Galaxy W21 5G dapat pengiktirafan TENAA

Samsung telah pun melancarkan telefon lipat terbaru, Galaxy Z Fold2, pada bulan lepas untuk pasaran seluruh dunia, namun pasaran China mungkin akan mendapat satu lagi varian telefon tersebut iaitu Samsung Galaxy W21 5G. Telefon tersebut telah pun mendapat kelulusan TENAA (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency) di China.

Gambar daripada laman web TENAA menunjukkan rekaan Galaxy Z Fold2 yang telah diolah sedikit berbanding Z Fold2 asal, di mana permukaan belakangnya mempunyai permukaan berjalur serta logo syarikat telekomunikasi China, China Telecom. Terdapat juga sedikit hiasan warna emas di bahagian sisi telefon.

Spesifikasi dalamannya adalah sama dengan Galaxy Z Fold2. Sebelum ini ia telah mendapat pengiktirafan 3C (Compulsory Certification of China). Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: My Fix Guide

Exit mobile version