Site icon TechNave BM

Selepas memerli Apple, OnePlus diperli kembali oleh Xiaomi di laman Twitter

Perlian di laman media sosial adalah perkara biasa bukan sahaja untuk warga siber, tetapi juga di antara jenama telefon pintar. Jenama Xiaomi dan OnePlus dilihat melakukan ragam memerli ini di laman Twitter.

OnePlus telah memuat naik sebuah siaran yang tidak menujukannya secara terus untuk Apple, tetapi bersifat sarkastik dan memerli Apple. Gambar yang dimuat naik memaparkan peranti OnePlus yang berada di tengah buah epal dengan kapsyen ‘Di dalam dunia Apple, tonjolkan diri dengan OnePlus’.

Xiaomi kemudian membalas ciapan OnePlus dengan gambar Mi 10T Pro bersama kapsyen ‘Tetapi kenapa berpuas hati dengan sesuatu yang kurang jika anda boleh dapat lebih. Tahun Baharu, Resolusi 108MP’. Anda pasti sudah tahu bahawa motto OnePlus adalah Never Settle.

Terdahulu, Samsung juga pernah memerli Apple mengenai ketiadaan pengecas. Namun, ia kini dilihat memadam siaran tersebut kerana dilaporkan, siri Samsung Galaxy S21 juga tidak akan hadir dengan pengecas bersama.

Apakah jenama telefon pintar kegemaran anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version