Site icon TechNave BM

Selepas Nord, kini OnePlus sedang bersiap untuk lancarkan OnePlus 8T

Sebaik sahaja OnePlus selesai melancarkan telefon kelas pertengahan OnePlus Nord baru-baru ini, nampaknya syarikat itu kini sedang bersedia untuk melancarkan telefon seterusnya. Sebuah peranti OnePlus telah dikesan dalam laman web GeekBench dengan nombor model KB2001 dan ini mungkin adalah telefon terbaru dalam siri T, iaitu OnePlus 8T atau 8T Pro.

Menurut spesifikasi dalam GeekBench ini, peranti ini mungkin mempunyai cipset Snapdragon 865 atau 865 Plus. Di samping itu, telefon ini dilengkapi RAM 8GB, sistem operasi Android 11 serta kamera 64MP.

OnePlus sering melancarkan siri T sekitar September hingga November, jadi kita boleh menjangkakan OnePlus 8T dalam tempoh tersebut pada tahun ini. Google juga dijangkakan akan melancarkan Android 11 pada tempoh yang sama.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GeekBench

Exit mobile version