Site icon TechNave BM

Selepas pembatalan pada tahun ini, ekspo ‘gaming’ E3 seterusnya akan dianjurkan pada 15 Jun 2021

Selepas membatalkan penganjuran Ekspo Hiburan Elektronik (E3) pada tahun ini, penganjurnya, Persatuan Perisian Hiburan (ESA), telah menetapkan tarikh baru untuk E3 seterusnya iaitu 15-17 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, jika anda masih ingin melihat berita terbaru tentang game-game yang akan dilancarkan pada tahun ini, beberapa syarikat gaming akan menganjurkan acara dalam talian khas bagi menggantikan ketiadaan E3 pada tahun ini. Sebagai contoh, Microsoft akan meneruskan acara Xbox-nya secara dalam talian.

Syarikat penerbit game indie, Devolver Digital, akan menganjurkan pameran digital untuk game mereka yang akan datang.

Media utama gaming, IGN, akan mengadakan acara Summer of Gaming iaitu sebuah acara dalam talian khas yang memberikan berita terkini tentang game dan konsol yang akan dilancarkan pada tahun ini. IGN mengatakan pelbagai syarikat pembina game seperti 2K, Square Enix, SEGA, Bandai Namco, THQ Nordic dan banyak lagi akan mempersembahkan game mereka dalam acara digital itu.

Apa berita gaming yang anda akan tumpukan pada tahun ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version