Site icon TechNave BM

Selepas realme, pengecas wayarles magnetik OPPO pula muncul dalam talian!

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, realme bakal menjadi syarikat telefon pintar Android pertama dengan pengecas wayarles magnetik. Ianya hadir dengan nama MagDart dan akan dilancarkan pada 3 Ogos ini.

Kini, sumber dalam talian memberitahu bahawa OPPO pula sedang dalam proses untuk menghasilkan pengecas wayarles magnetik. Ini tidak mengejutkan oleh kerana hubungan baik yang terjalin antara realme dan OPPO. realme adalah bekas syarikat sub di bawah OPPO suatu ketika dahulu.

Melihat kepada reka bentuk pengecas magnetik OPPO ini, ianya adalah berlainan dari MagDart dan juga MagSafe dari Apple. Pengecas ini mempunyai lekuk bulatan di tengah dan muncung yang meninggi di hujungnya. Ia juga dilihat hadir dengan port USB-C yang boleh ditanggalkan, berbeza dengan MagSafe.

Namun, tiada lagi spesifikasi lanjut mengenai peranti ini. Jika anda ingin tahu butiran baru mengenai MagDart dari realme, anda boleh tekan pautan ini.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version