Site icon TechNave BM

Selepas setahun dalam iOS sahaja, Clubhouse kini dilancar dalam Android

Selepas sekian lama menjadi sebuah aplikasi yang eksklusif untuk pengguna iOS, kini aplikasi perkongsian audio Clubhouse boleh didapati dalam plaform Android namun ia masih dalam versi beta.

Clubhouse versi Android akan diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) bermula hari ini dan akan diluaskan secara beransur-ansur kepada negara-negara yang berbahasa Inggeris, kemudian barulah kepada seluruh dunia. Dalam versi beta ini, Clubhouse ingin mengumpulkan maklum balas daripada para pengguna awal, membaiki sebarang masalah dan menambah fungsi baru seperti pembayaran dan penciptaan kelab.

Clubhouse akan mengekalkan sistem jemputan yang diamalkan dalam versi iOS, di mana pengguna Android yang berminat untuk mendapatkan akses kepada Clubhouse perlu mendapatkan jemputan daripada pengguna Clubhouse sedia ada. Sementara itu, Clubhouse juga akan meluluskan permohonan daftar untuk jutaan pengguna baru dalam iOS.

Setakat ini, Clubhouse untuk Android masih belum boleh didapati untuk pengguna di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggunakan Clubhouse Android dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Clubhouse Blog

Exit mobile version