Site icon TechNave BM

Selepas UK, menara pemancar 5G kini dirosakkan di Belanda pula

Beberapa menara pemancar di Belanda telah disabotaj atau dibakar sedikit pada minggu-minggu lepas oleh golongan penentang 5G, menurut media De Telegraaf. Pada minggu lepas sahaja, terdapat empat kes menara dirosakkan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini.

Dalam satu kes, pesalah juga melakukan vandalisme dengan menconteng slogan anti-5G pada menara tersebut. Beberapa kumpulan di negara Eropah itu menyatakan penentangan mereka terhadap pelaksanaan 5G kerana teori konspirasi mengatakan 5G boleh menjejaskan kesihatan.

Pihak berkuasa Keselamatan dan Pencegahan Keganasan Belanda (NCTV) melaporkan pelbagai insiden melibatkan menara pemancar telah berlaku sepanjang minggu lepas. Wakil NCTV mengatakan ini boleh merosakkan rangkaian telekomunikasi negara itu keberkesanan perkhidmatan kecemasan.

Sebelum ini, kes serupa juga telah berlaku di United Kingdom oleh golongan yang mempercayai teori konspirasi yang sama. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version