Site icon TechNave BM

Seluruh perkhidmatan PUBG Mobile di India kini ditamatkan secara rasmi

Berdasarkan sebuah kenyataan daripada laman rasmi PUBG Mobile untuk pasaran India, seluruh perkhidmatan dan pelayan game tersebut di India telah ditamatkan secara rasmi bermula 30 Oktober. Pemain di India yang masih berminat untuk memainkan game tersebut kini perlu menggunakan perkhidmatan proxy atau VPN bagi memintas kekangan oleh kerajaan India.

Sebelum ini, kerajaan India telah melarang pelbagai perkhidmatan teknologi China termasuk game PUBG Mobile kerana hubungan tegang dan konflik yang tercetus di sempadan India-China. Sebelum ini, PUBG Mobile dilaporkan akan kembali ke pasaran India kerana pembina game tersebut sedang mencari pekerja baru dalam LinkedIn. Namun dengan perkembangan terbaru ini, masih tiada petunjuk jika game ini akan diteruskan di negara tersebut.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang penamatan PUBG Mobile di India dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PUBG Mobile

Exit mobile version