Site icon TechNave BM

Semakin hampir, cipset Qualcomm Snapdragon 865 Plus dilaporkan hadir pada Julai ini

Terkini, sebuah akaun pengulas teknologi yang cukup popular dengan pendedahan maklumat dalam industri telefon pintar yelah memuat naik ciapan (tweet) yang menarik. Ciapan tersebut melaporkan tentang pelancaran Qualcomm Snapdragon 865 Plus pada bulan Julai ini.

Ciapan ini kemudiannya dipadam. Namun, reaksi pantas sumber telah menyimpan bukti pendedahannya. Jika benar cipset ini bakal dilancarkan Julai ini, kebanyakan peranti yang hadir seterusnya bakal dijana Snapdragon 865 Plus seperti ASUS ROG Phone 3.

Sebenarnya, jangkaan ini adalah sejajar dengan trend lepas di mana selepas Qualcomm melancarkan Snapdragon 855 Plus, kebanyakan barisan peranti yang dilancarkan selepas itu menggunakan Snapdragon 855 Plus.

Terdahulu, terdapat markah AnTuTu yang menjadi saksi kelajuan clock 3.09GHz. Memandangkan terlalu banyak kontroversi mengenai Snapdragon 865 Plus, mungkin berita yang lebih jelas mengenainya akan timbul selepas ini.

Perlu diingatkan juga bahawa sumber ini bukanlah sumber rasmi daripada Qualcomm. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version