Site icon TechNave BM

Semakin ramai artis menggunakan TikTok untuk berinteraksi dengan peminat

TikTok kini adalah sebuah platform media sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan netizen seluruh dunia. Malah, sedikit demi sedikit selebriti mula menggunakan TikTok untuk berinteraksi dengan para peminat mereka. Daripada bintang Hollywood ke selebriti tempatan, TikTok kini menjadi alat yang penting untuk industri hiburan.

Beberapa artis Malaysia sudah pun mengorak langkah dalam dunia TikTok, seperti Zizan Razak dan Faizal Tahir. Manakala Blake Yap pula adalah orang pertama dalam Malaysia yang mencecah sejuta pengikut di TikTok. Rakyat Malaysia beretnik Cina itu sering memuat naik video beliau menyanyi dalam bahasa Tamil dan kini para pengikut beliau terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga rakyat India.

Dalam dunia Hollywood pula, pelakon-pelakon terkenal seperti Will Smith, Terry Crews, Dwayne Johnson dan Kevin Hart sudah mula berkongsi detik-detik harian mereka di platform media sosial ini.

Jika anda adalah peminat K-Pop, anda perlu tahu bahawa kumpulan-kumpulan yang amat popular seperti BTS dan MAMAMOO sudah pun mempunyai akaun TikTok mereka sendiri. Sementara itu, selebriti individu seperti Park Bom juga mula berjinak dengan dunia TikTok.

Beritahu kami di Facebook jika anda ingin mengikuti TikTok selebriti-selebriti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version