Site icon TechNave BM

Semakin ramai pasangan ingin membuat akad nikah secara ‘online’

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima semakin banyak permohonan untuk majlis akad nikah secara sidang video sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menurut pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail.

Sejak 18 April lalu di mana satu video tular menunjukkan akad nikah melalui panggilan video dalam talian, JAWI menerima sehingga sembilan permohonan setakat 11:30 pagi ini. Permohonan ini dibuka kepada semua pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin daripada JAWI sebelum PKP bermula.

Namun bagi pasangan yang belum lagi mendapat kebenaran berkahwin, mereka perlu tunggu sehingga PKP tamat. Ini juga dikenakan terhadap pendaftaran nikah, cerai, rujuk dan kursus pra-perkahwinan.

Malah hanya beberapa negeri sahaja setakat ini yang melakukan akad nikah secara video dalam talian ini iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Adakah anda merancang untuk berakad nikah secara dalam talian? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Free Malaysia Today

Exit mobile version