Bagi menyambut kehadiran tahun 2025, Apple akan menawarkan siaran percuma untuk tontonan Apple TV+ pada 3 hingga 5 Januari 2025. Untuk menonton kandungan yang ditawarkan dalam Apple TV+, anda perlukan Apple ID dan mana-mana peranti yang boleh menyokong siaran Apple TV+.
Sepanjang tempoh tiga hari tersebut, segala filem dan siri televisyen yang diterbitkan dalam katalog Apple TV+ boleh ditonton tanpa sebarang bayaran. Antara siri televisyen yang kami cadangkan untuk anda termasuklah Ted Lasso, The Morning Show, Severance, Silo, Dark Matter dan For All Mankind.
Untuk filem pula, antara yang kami cadangkan adalah Greyhound, Fly Me to the Moon, The Family Plan, Wolfs dan The Instigators.
This weekend, see for yourself.
— Apple TV (@AppleTV) December 30, 2024
Stream for free Jan 4-5. pic.twitter.com/8p6PCUYpms
Selepas tempoh siaran percuma ini tamat, anda perlu langgan kepada Apple TV+ untuk terus menontonnya, pada harga RM29.90 sebulan. Selain itu, pembelian untuk produk-produk Apple terpilih juga didatangkan dengan langganan Apple TV+ selama tiga bulan.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton filem Apple TV+ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Apple TV+

