Site icon TechNave BM

Sempena ulang tahun ke-25, Maxis beri 25GB Internet percuma dan telefon pintar berharga RM25

Bersempena dengan ulang tahun Maxis yang ke-25, terdapat pelbagai tawaran menarik yang diumumkan oleh Maxis untuk pelanggannya. Melalui ulang tahun ini juga, Maxis mempamerkan semangat ‘Terus Menerajui’ untuk membawa teknologi terbaik bagi membantu rakyat, perniagaan dan negara dalam dunia yang semakin berkembang maju.

Sebanyak RM25,000 ganjaran ditawarkan untuk pelanggan Maxis, Hotlink dan Maxis Business. Anda boleh lihat keseluruhan penawaran melalui gambar di bawah.

Apa yang menariknya adalah tawaran pembelian telefon pintar terkini (termasuk Samsung Galaxy Note20 5G, iPhone 11 dn HUAWEI P40 5G) pada harga RM25 untuk 25 hari untuk semua pelanggan Maxis Postpaid, Hotlink Postpaid, Maxis Fibre, Hotlink Postpaid & Fibre bermula 25 Ogos hingga 18 September 2020.

Bermula 20 Ogos hingga 16 September 2020, semua pelanggan Hotlink Prepaid layak mendapat Internet 25GB percuma melalui pembelian sah tawaran HotlinkMU Merdeka.

Untuk melihat tawaran lain yang menarik dan maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi Maxis Terus Menerajui.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version