Site icon TechNave BM

Semua aplikasi syarikat telko akan disepadukan dengan MyDigital ID bermula 1 Disember 2025

Bermula hari Isnin, 1 Disember 2025, semua aplikasi rasmi oleh syarikat telekomunikasi dalam Malaysia akan melaksanakan integrasi dengan teknologi pengesahan identiti MyDigital ID, bagi meningkatkan keselamatan siber untuk rakyat Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan melindungi anda daripada panggilan palsu (scam), penyamaran identiti dan lain-lain penipuan yang sering berlaku melalui penggunaan nombor SIM yang tidak disahkan.

Dengan mengambil inisiatif ini, ia boleh memastikan setiap nombor telefon mudah alih akan dipadankan kepada identiti yang sah dan dipercayai. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ia merangkumi tiga komponen utama iaitu:

Menurut NACSA, syarikat telekomunikasi bebas untuk melaksanakan tiga komponen tersebut secara berperingkat atau semuanya serentak. Ia akan memperkukuhkan pelaksanaan Pelan Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2025-2030 yang diterajui oleh agensi tersebut.

Pihak MyDigital ID pula berkata dengan menggunakan identiti digital yang sah, ia boleh mengurangkan risiko jenayah penipuan, memperkukuh kepercayaan digital dan meningkatkan keselamatan. Jumlah panggilan scam pada 2024 mencecah 2.98 juta, jauh lebih tinggi berbanding 1.63 juta pada 2023.

Mereka juga meyakinkan pengguna bahawa MyDigital ID tidak menyimpan data peribadi, menjejak aktiviti dalam talian atau mengumpul maklumat baharu. Ia hanya boleh mengesahkan identiti seseorang apabila mereka memilih untuk log masuk ke dalam sesuatu perkhidmatan.

Orang ramai digalakkan untuk semak dengan syarikat telekomunikasi masing-masing bagi memahami penggunaan MyDigital ID dalam aplikasi telekomunikasi mereka. Selain itu, aplikasi MyDigital ID dalam telefon juga harus dikemas kini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version