Site icon TechNave BM

Semua atlit Malaysia yang memenangi pingat dalam Asian Games 2022 dihadiahkan HUAWEI WATCH GT 4

Bagi menyambut kemenangan atlit-atlit Malaysia yang memenangi pingat dalam temasya sukan antarabangsa Asian Games 2022 baru-baru ini, HUAWEI Malaysia menghadiahkan jam tangan pintar HUAWEI WATCH GT 4 kepada mereka. Hadiah itu diberikan dalam sebuah acara yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya semalam yang menyaksikan kehadiran Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh, wakil-wakil HUAWEI Malaysia dan kontinjen atlit.

Seramai 40 atlit Malaysia dihadiahkan dengan HUAWEI WATCH GT 4, termasuklah Dato’ Pandalela Rinong, Ng Yan Yee dan Tan Cheong Min. YB Hannah Yeoh menyatakan ini adalah usahasama antara HUAWEI Technologies dan Majlis Sukan Negara dalam menghargai usaha oleh para atlit serta menunjukkan komitmen HUAWEI untuk menyediakan teknologi yang boleh meningkatkan kesihatan semua rakyat Malaysia.

HUAWEI WATCH GT 4 merupakan jam tangan pintar yang telah dilancar untuk pasaran Malaysia pada awal Oktober ini, dengan harga bermula RM1,099. Ia ditawarkan dalam saiz 41mm dan 46mm serta menampilkan rekaan yang lebih mewah dan premium berbanding kebanyakan jam tangan pintar lain. Selain mempunyai rekaan menarik, ia turut dilengkapi pelbagai fungsi kesihatan untuk bantu pengguna jalani hidup lebih sihat.

HUAWEI turut mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai Light Up Your Rings Challenge bersama atlit-atlit tempatan. Anda hanya perlu muat turun aplikasi HUAWEI Health App, tetapkan sasaran anda dan lengkapkannya untuk mendapatkan E-Medal HUAWEI eksklusif. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version