Site icon TechNave BM

Semua kedai CelcomDigi kini dibuka 365 hari

CelcomDigi hari ini mengumumkan bahawa bermula 15 Julai 2023, semua 50 Celcom Bluecubes dan 27 kedai Digi di seluruh negara akan dibuka 365 hari setahun (termasuk cuti umum) dengan waktu operasi yang standard. Ini kerana CelcomDigi ingin menunjukkan komitmennya menyampaikan pengalaman terbaik untuk 20 juta pelanggannya.

Semua kedai Celcom Bluecubes dan Digi akan dibuka dari 10 pagi hingga 6.30 petang manakala kedai yang terletak di dalam Pusat Beli-belah akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam. Di samping itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran nilai untuk wang apabila mendaftar untuk Talian Keluarga baharu di Celcom Bluecubes atau kedai Digi.

Pelanggan Celcom dan Digi kini boleh menikmati potongan 50% daripada talian keluarga dengan pengguna Celcom akan mendapat rebat RM20/bulan selama 6 bulan manakala pengguna Digi akan mendapat rebat RM22.50/bulan selama 6 bulan.

Anda boleh singgah di mana-mana kedai CelcomDigi untuk mendapatkan bantuan bagi 11 jenis transaksi jualan dan perkhidmatan termasuk pembayaran bil, penukaran pelan, penggantian SIM, pelan baharu, pendaftaran MNP atau pembelian Internet.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version