Site icon TechNave BM

Semua lebuhraya PROLINTAS kini guna sistem pembayaran tol terbuka

PROLINTAS mengumumkan bahawa Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) kini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua lebuh raya di bawah seliaannya termasuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Kajang SILK dan Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA).

Dengan pelaksanaan sistem ini, pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta persendirian) kini boleh membayar tol menggunakan kad bank seperti MyDebit, Visa dan Mastercard yang menyokong fungsi pembayaran tanpa sentuh (contactless). Selain itu, kad prabayar seperti kad prabayar bank juga diterima di lorong khas SPT.

Menurut PROLINTAS, lorong-lorong SPT telah ditandakan dengan paparan gantri khas bagi memudahkan pengguna mengenal pasti lorong yang menyokong sistem ini. Pengguna hanya perlu menyentuh kad di terminal pembaca kad semasa melalui plaza tol.

Sekiranya transaksi gagal, pengguna masih boleh menggunakan kaedah pembayaran sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID. Pelaksanaan sistem ini selaras dengan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam usaha menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya serta mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi PROLINTAS di di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PROLINTAS

Exit mobile version