Site icon TechNave BM

Semua model iPad Pro 2022 dikhabarkan akan guna teknologi skrin mini-LED

Pada bulan April lalu, Apple telah melancarkan tablet iPad Pro 2021 12.9 inci yang hadir dengan skrin mini-LED LCD. Teknologi mini-LED ini membolehkan kecerahan setinggi 1000 nits serta tahap kegelapan yang lebih dinamik. Namun, iPad Pro 2021 11 inci tidak dilengkapi dengan teknologi ini.

Terbaru, mengikut sumber, perkara ini akan berubah pada tahun hadapan. Kedua-dua model iPad Pro 2022 dikatakan akan menggunakan teknologi mini-LED. Selain dari itu, tablet Apple tahun hadapan juga dikhabarkan akan mempunyai panel belakang kaca berbanding aluminium untuk membolehkan pengecasan wayarles.

Teknologi mini-LED LCD
Ciri Touch Bar yang bakal ‘pupus’

Selain iPad Pro, terdapat juga perubahan skrin pada komputer riba MacBook tahun hadapan. Ciri Touch Bar pada MacBook Pro dikhabarkan akan digantikan semula dengan barisan fungsi tradisional. Ini tidak mengejutkan kerana kebanyakan pengguna tidak meminati ataupun menggunakan ciri ini dengan sebaiknya.

Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version