Site icon TechNave BM

Semua model siri Redmi K40 mungkin dilengkapi siri cipset Snapdragon 800

Redmi dijangka akan melancarkan telefon siri Redmi K40 pada 25 Februari ini. Pada bulan lalu, CEO Redmi, Lu Weibing memberitahu bahawa peranti Redmi K40 ini akan dilengkapi Snapdragon 888 dan dijual pada tanda harga 2999 Yuan (~RM1878).

Harga tersebut dikhabarkan adalah untuk versi tertinggi Redmi K40. Siri Redmi K40 dijangka akan hadir dengan tiga model berbeza dan versi tertingginya juga akan hadir dengan kamera utama 108MP.

Sumber juga menyatakan bahawa ketiga-tiga model siri ini akan menggunakan cipset siri Snapdragon 800. Namun, sumber tidak memberitahu jenis cipset yang digunakan oleh setiap model siri ini. Jika model tertinggi siri ini hadir dengan Snapdragon 888, mungkin dua telefon lagi akan dilengkapi Snapdragon 870.

Telefon siri Redmi K40 akan dilengkapi skrin OLED Samsung E4 yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Redmi dikhabarkan akan menggunakan reka bentuk skrin punch-hole dengan potongan 2.8mm sahaja (terkecil dalam pasaran).

Untuk bahagian belakang pula, ia akan dilengkapi kamera kuad yang hampir sama dengan Redmi K30S. Selain itu, siri telefon ini juga dikhabarkan akan hadir dengan bateri 4,000 mAh.

Sebelum ini, telefon siri Redmi K40 dikatakan tidak akan memberikan pengecas dalam kotak perantinya.

Lihat artikel lepas mengenai telefon siri Redmi K40 ini.

Adakah anda menantikan siri telefon ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version