Site icon TechNave BM

Semua peranti HUAWEI akan dikemas kini dengan HarmonyOS pada tahun depan

HUAWEI hari ini telah melancarkan HarmonyOS 2.0 versi beta untuk pembina aplikasi dan syarikat elektronik agar lebih banyak pihak ketiga boleh membina aplikasi dan alat elektronik yang boleh dioperasikan dalam HarmonyOS. Beberapa syarikat termasuk Midea, Joyoung, Boss Electronics dan Puffin Technology telah pun melancarkan produk yang boleh berfungsi dengan HarmonyOS.

Naib presiden jabatan perisian pengguna HUAWEI, Yang Haisong, turut mengatakan dalam sebuah temuramah bahawa semua peranti HUAWEI akan dikemas kinikan dengan HarmonyOS pada 2021 dan pengguna tidak perlu membeli peranti baru untuk menggunakan sistem operasi tersebut. Selain itu, HUAWEI juga akan melancarkan telefon pintar pertama yang dilengkapi HarmonyOS pada tahun hadapan.

HUAWEI menyasarkan HarmonyOS untuk dilengkapi dalam 100 juta peranti daripada lebih 40 jenama besar, menjadikannya sebuah platform besar untuk Internet Pelbagai Benda (IoT). Selain itu, lebih 100,000 syarikat pembina juga akan menyediakan aplikasi dalam HarmonyOS.

Harmony OS 2.0 akan menjalani ujian awam dalam HUAWEI P40, P40 Pro, Mate 30, Mate 30 Pro dan MatePad Pro. Syarikat yang berminat dengan HarmonyOS 2.0 versi beta boleh memohon kepada HUAWEI untuk mendapatkannya secara percuma.

Kongsi pendapat tentang sistem operasi baru ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version