Site icon TechNave BM

Semua rupa produk Samsung yang akan dilancar pada 11 Ogos kini tertiris

Walaupun ia belum disahkan, Samsung dikhabarkan bakal menganjurkan sebuah acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 11 Ogos di mana mereka akan mengumumkan pelbagai produk baru seperti telefon pintar, jam tangan pintar dan fon telinga wayarles.

Kini pengkhabar berita teknologi Evan Blass telah berkongsi beberapa gambar bergerak GIF yang menunjukkan rupa keseluruhan produk-produk yang akan dilancar. Ini termasuklah telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3, Samsung Galaxy Z Flip3, jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch4, Samsung Galaxy Watch 4 Classic dan fon telinga wayarles Samsung Galaxy Buds2.

Sebelum ini, beliau juga telah berkongsi rupa keseluruhan telefon pintar Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) yang mungkin akan dilancarkan dalam acara Unpacked seterusnya.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana gajet di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version