Site icon TechNave BM

Semua urusan di Jabatan Imigresen Malaysia kini guna pembayaran e-Payment

Jabatan Imigresen Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan e-Payment kini sudah dilaksanakan sepenuhnya. Hal ini bermakna mana-mana pembayaran perkhidmatan dengan Jabatan Imigresen Malaysia adalah melalui e-Payment.

Pengumuman ini dilihat melalui laman media sosial Jabatan Imigresen Malaysia termasuklah di Facebook rasminya. Antara medium pembayaran e-Payment yang sah adalah Visa, Mastercard, UnionPay, MyDebit, FPX, Maybank QRPay, WeChat Pay, Alipay dan sebagainya.

Kaedah e-Payment ini boleh digunakan sama ada di kaunter atau portal seperti yang tertera pada poster di bawah.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari sistem pertanyaan dalam talian (SPO) atau portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Gambar dari Umpamaw.com

Exit mobile version