Site icon TechNave BM

Senarai ‘game’ mengancam PlayStation 5 yang disahkan Sony

Anda mungkin sudah dihantui rekaan PlayStation 5 yang baru sahaja didedahkan oleh Sony sendiri. Namun, sudahkah anda ketahui tentang game yang diperkenalkan untuk PS5 setakat ini melalui acara pengenalannya semalam?

Menurut Sony, game yang disahkan untuk konsol PS5 setakat ini termasuklah Horizon: Forbidden West, Marvel Spider-Man: Miles Morales, Resident Evil Village, Grand Theft Auto V yang dinaik taraf, Hitman 3 dan beberapa game menarik yang lain.

Lebih menarik, terdapat beberapa game baharu lain termasuklah Godfall dan Ghostwire: Tokyo yang mula dipamerkan pada tahun lepas.

Mungkin anda masih setia dengan konsol gaming anda yang masih ada seperti PlayStation4. Namun, sejauh manakah anda mampu menahan nafsu untuk menyambar PS5? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version