Site icon TechNave BM

Senarai “game” percuma setiap hari oleh Epic Games Store sehingga 31 Disember tertiris

Platform gaming PC, Epic Games Store (EGS), sedang menganjurkan promosi Epic Games Store Holiday Sale yang berlangsung pada 17 hingga 31 Disember, di mana puluhan game dalam kedai atas talian itu ditawarkan dengan harga diskaun sehingga 75%. Selain itu, EGS juga akan memberikan satu game percuma setiap hari sepanjang promosi ini namun senarai game tersebut tidak diberikan kepada pihak umum.

Kini maklumat tentang senarai game percuma dalam promosi ini mungkin telah terbocor. Sumber telah menyediakan senarai 15 game yang akan diberikan pada setiap hari sehingga 31 Disember, dan setakat ini tiga game pertama dalam senarai tersebut telah pun diberikan secara percuma pada tiga hari pertama promosi ini.

Berikut adalah senarai penuh game yang diberi percuma di EGS sehingga 31 Disember:

Kita tunggu esok jika hari ke-4 dalam promosi EGS ini akan memberikan game Defense Grid secara percuma. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan game percuma dari EGS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PC Gamer

Exit mobile version