Site icon TechNave BM

Senarai iPhone yang boleh kemas kini iOS 15 terdedah: Selamat tinggal iPhone 6s, iPhone SE

iOS terbaru pada tahun 2020, iOS 14 dilihat masih lagi memerlukan penambahbaikan tertentu. Namun, sumber telah mula melaporkan jangkaan mengenai iOS 15 yang bakal dilancar pada pertengahan tahun 2021 jika mengikut pada garis masa sebelum ini. Lebih menarik, sumber menjangkakan beberapa model iPhone generasi terdahulu yang tidak akan mendapat sokongan iOS 15.

Perlu kami ingatkan bahawa berita ini masih berstatus jangkaan dan spekulasi memandangan Apple tidak membuat apa-apa pengumuman mengenai hal ini. Anda boleh melihat senarai iPhone yang mungkin bakal menyokong kemas kini iOS 15.

  1. Barisan iPhone tahun 2021
  2. iPhone 12 Pro Max
  3. iPhone 12 Pro
  4. iPhone 12 mini
  5. iPhone 12
  6. iPhone 11
  7. iPhone 11 Pro
  8. iPhone 11 Pro Max
  9. iPhone XS
  10. iPhone XS Max
  11. iPhone XR
  12. iPhone X
  13. iPhone 8
  14. iPhone 8 Plus
  15. iPhone 7
  16. iPhone 7 Plus
  17. iPhone SE (generasi ke-2)
  18. iPod touch (generasi ke-7)

Kelihatannya, iPhone generasi terdahulu seperti siri iPhone 7 masih disokong. Antara model iPhone terdahulu yang sudah tidak menyokong kemas kini iOS dengan sokongan iOS lengkap terakhir iOS 14 adalah iPhone SE (generasi pertama), iPhone 6s dan iPhone 6s Plus.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version