Site icon TechNave BM

Senarai lebih 40 peranti HUAWEI, HONOR boleh kemas kini HarmonyOS ditemui

Sistem pengoperasian HUAWEI HarmonyOS telah berkembang dan bakal dilancar dalam waktu terdekat buat kali pertama untuk telefon pintar. Berita terdahulu melaporkan bahawa terdapat beberapa peranti HUAWEI/HONOR yang dapat mengemaskini ke HarmonyOS kelak. Terkini, senarai peranti HUAWEI/HONOR yang boleh kemas kini HarmonyOS ditemui, menyenaraikan lebih dari 40 peranti.

Menurut pengulas teknologi yang berfokuskan jenama HUAWEI iaitu HUAWEI Central, penemuan ini menyenaraikan lebih 40 peranti dari HUAWEI dan HONOR. Malangnya, terdapat juga beberapa peranti yang tidak akan menyokong kemas kini ini termasuklah siri HUAWEI Enjoy, telefon kelas permulaan HONOR, siri HONOR 9, HONOR 30i (HONOR 30 Youth). Siri HONOR V40 dan siri nova 8 yang masih belum dilancar juga termasuk dalam senarai ini.

HUAWEI

HONOR

Jam tangan pintar

Tablet

HUAWEI merancang untuk meengeluarkan HarmonyOS versi pembangun (beta) pada 18 Disember, disusuli dengan versi beta awam pada April 2021. Dengan ini, HarmonyOS dijangkan akan tersedia sepenuhnya pada tahun 2021. Anda boleh menyemak maklumat lepas mengenai HarmonyOS disini.

Adakah peranti anda tersenarai? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version