Anda mungkin sudah melihat sendiri barangan jualan pada 11 November atau sudah menambah ke pilihan untuk dibeli. Terkini, HONOR Malaysia telah mengumumkan tawaran HONOR 11.11 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM808.
Terdapat beberapa tawaran menarik seperti yang akan dinyatakan di bawah. Namun, tawaran yang paling menarik adalah HONOR O2O bermula 9 November hingga 11 November di mana anda boleh mendapatkan HONOR 9X Pro dengan harga RM699 sahaja (harga asal RM999) dan HONOR MagicWatch 2 46mm pada harga RM459 sahaja (harga asal RM699). Anda boleh mendapatkannya secara dalam talian di hihonor atau di mana-mana stor berdekatan.
HONOR turut menambah tawaran di HONOR Experience Store berdekatan anda iaitu di Lembah Klang, sebelah Sabah & Sarawak, Utara dan Selatan Malaysia. Tawaran di Lembah Klang bermula pada 12 November hingga 15 November 2020, sebelah Sabah & Sarawak pada 1 November hingga 11 November 2020, sebelah Selatan bermula 9 November hingga 11 November 2020 dan sebelah Utara bermula pada tarikh yang sama dengan sebelah Selatan.
Jika melihat pada laman web hihonor, anda boleh mendapatkan HONOR Band 5i, HONOR Backpack dan lain-lain dengan harga serendah RM11.11 pada 11 November 2020.
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan ini, anda boleh melihat laman web rasmi e-dagang HONOR, hihonor atau laman Facebook HONOR Malaysia. Adakah anda berminat dengan mana-mana peranti? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

