Site icon TechNave BM

Senarai peranti Xiaomi yang bakal terima kemas kini MIUI 14

Khabar angin tentang MIUI 13.5 telah tersebar dalam beberapa bulan yang lalu dan terdapat laporan yang mengejutkan bahawa tidak akan ada kemas kini tambahan kali ini. Xiaomi akan terus melancarkan MIUI 14 namun buat masa ini tiada tarikh pelancaran tepat.

Disebabkan pelancarannya semakin hampir, tarikh pelancaran dan senarai peranti Xiaomi yang akan mendapat kemas kini baharu telah dikesan oleh pembangun. Menurut laporan, Xiaomi MIUI 14 akan memperkenalkan tulisan reka bentuk baharu dan membawa susunan baharu untuk tetapan pantas dan pemberitahuan.

Tambahan pula, syarikat itu menambah pemain media baharu yang menyerupai Android 13. Sesetengah aplikasi seperti kalkulator dan jam juga mempunyai pembaharuan. Walau bagaimanapun, kami percaya senarai ciri baharu akan menjadi lebih besar pada masa pelancaran rasminya.

Senarai beberapa telefon pintar yang mendapat versi baharu telah pun didedahkan. Sudah tentu, memandangkan status semasa MIUI 14, ini tertakluk kepada perubahan. Ini adalah senarai peranti yang bakal menerima MIUI 14:

Peranti XIAOMI / MI

Peranti REDMI

Peranti POCO

Menurut laporan, MIUI 14 akan dilancarkan secara rasmi pada Xiaomi 13 dan 13 Pro. Oleh itu, kemas kini akan mendapat pengumumannya pada bulan November. Peranti lain mungkin akan mula mendapat kemas kini pada bulan Disember atau Januari 2023. Kebanyakan telefon pintar mungkin mendapat kemas kini MIUI 14 dalam bentuk Android 13.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version