Site icon TechNave BM

Senarai promosi hebat telefon pintar dan gajet sempena 9.9!

Nampak gayanya hampir setiap bulan Shopee dan Lazada bersaing untuk memberikan pengalaman membeli yang terbaik kepada pelanggannya. Kini, pelbagai syarikat teknologi menawarkan produk-produk mereka dengan ratusan promosi yang sangat menarik melalui jualan bersempena tarikh 9.9.

Dalam artikel ini, kami akan kumpulkan segala promosi oleh jenama-jenama terkenal agar anda boleh cari promosi yang paling sesuai dengan kehendak anda:

Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat

Jika anda perasan trend yang digunakan oleh Shopee, mereka sering menggunakan tarikh dalam penyenaraian harga. Contohnya bersempena 9.9 ini, mereka akan meletakkan harga bermula daripada RM9.90. Kami sudah menyediakan jadual bagi memudahkan anda melihat harga peranti sebelum dan selepas diskaun:

ProdukRRP (RM)Harga Promosi (RM)
POCO X3 Pro Smartphone (6GB+128GB)999799
POCO F3 5G (8GB+256GB)16991499
Xiaomi Redmi 9C (2GB+32GB)399299
OPPO A74 Smartphone (6GB+128GB)899777
OPPO Reno5 5G Smartphone (8GB+128GB)15991499
Samsung Galaxy A22 LTE (6GB+128GB)899819
Samsung Galaxy A52 LTE (8GB+256GB)14991359
Samsung Galaxy S21+ 5G39993299
Infinix Note 10 Pro (8GB+128GB)888799
realme X7 Pro 5G (8GB+256GB)19991499
Apple iPhone 12 (128GB) 40993589

Banyak lagi peranti yang dijual seperti audio, komputer dan aksesorinya, kamera, drone, TV, vakum dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat, anda boleh melayari https://shopee.com.my/m/99.

OPPO – Shopee Super Brand Day dengan promosi RM99

Untuk OPPO Malaysia, promosi penjualan akan bermula dari 9 hingga 14 September 2021 dengan potongan sehingga 95% dengan maksimum potongan harga ialah RM99. Bermula jam 12 pagi hingga 2 pagi pada 9 September, produk terpilih akan mendapat potongan harga sebanyak RM99 dan juga pelbagai hadiah menarik.

Kepada yang berminat ingin membeli OPPO Reno6 Pro, anda akan diberikan baucar Shopee bernilai RM100 dan beberapa hadiah lain seperti Ransel Marshall (RM319), Mighty Mug (RM79), perlindungan kerosakan skrin 1 tahun (RM139), storan HeyTap Cloud 1TB (RM343) dan sepasang fon telinga wayarles OPPO Enco Air dengan harga hanya RM9.90.

Selain itu, anda juga boleh membeli OPPO A74 dengan harga RM777 atau Reno5 dengan harga RM1499. Semasa berlangsungnya promosi Shopee 9.9 dan Super Brand Day, pastikan anda melihat Tawaran RM99 yang mana anda berpeluang membeli OPPO A16, A74 4G, A74 5G, Reno5 F, Enco Air, Enco Buds dan OPPO Band pada waktu yang dijadualkan sepanjang hari dengan harga hanya RM99.

HONOR 9.9 Super Shopping Day

HONOR Malaysia akan melancarkan promosi produknya di Lazada dan Shopee di mana pelanggan bakal menikmati hadiah seperti baucar JOOX VIP 3 bulan, beg komputer riba jenama HONOR dan tetikus wayarles. Syarikat itu akan mengadakan promosi 3 hari di Lazada (9 sehingga 11 September) tetapi hanya sehari sahaja di Shopee iaitu pada 9.9. Berikut adalah senarai peranti yang dipromosikan:

Produk HONORRRP (RM)Harga Promosi (RM)Hadiah
Band 6189165n/a
Earbuds 2 Lite299269Baucar JOOX VIP 3 bulan
MagicWatch 2 (42mm Agate Black)599449Payung
MagicWatch 2 (46mm Flax Brown)699549Payung
MagicWatch 2 (46mm Charcoal Black)649499Payung
MagicBook 1536993499Beg komputer riba HONOR dan tetikus wayarles
MagicBook X 15 (i5)2899n/aBeg komputer riba HONOR dan tetikus wayarles
MagicBook X 15 (i3)2299n/aBeg komputer riba HONOR dan tetikus wayarles
MagicBook Pro35993299Beg komputer riba HONOR dan tetikus wayarles

HUAWEI – Jualan 9.9

Jika anda mengikuti perkembangan HUAWEI Malaysia, syarikat ini masih menggunakan strategi yang sama selama lebih dari sebulan. Tetapi kali ini, dengan produk yang sedia ada, mereka menawarkan harga yang menarik dan pakej hadiah di setiap pembelian terpilih. Untuk melihat promosi yang ditawarkan dalam Jualan Huawei 9.9, anda boleh singgah di kedai atas taliannya di Lazada dan Shopee. Pelbagai jenis produk dijual seperti aksesori, routers, komputer riba, monitor, tablet dan audio. Berikut adalah harga telefon dan hadiah yang anda akan terima:

Produk HUAWEIRRP (RM)Harga Promosi (RM)Hadiah
Mate 40 Pro42993898CP39S pengecas dalam kereta + Pakej Hiburan 3
P40 Pro38992999CP39S pengecas dalam kereta + Pakej Hadiah City Travel 1
nova 7i899799n/a
MateStation S + HUAWEI Display 23.8 AD80 Bundle31762899Pakej Hiburan 3
HUAWEI X GENTLE MONSTER Eyewear II Black MYMA-01 + HUAWEI WATCH GT 2 pro29881699n/a
Matebook D14 i3 + HUAWEI WiFi WS520028682398Begpek HUAWEI + Pakej Hiburan 3
Watch GT 2 (Rose Gold) + FreeBuds 4i1278799n/a

Xiaomi – Kempen 9.9 (sehari sahaja)

Untuk pengetahuan, Xiaomi Malaysia bakal mengadakan sebuah acara khas di Lazada dan Shopee untuk peminat Mi yang berlangsung selama satu hari bagi mempromosikan produknya termasuk siri Mi TV P1 terbaru. Anda akan menerima tawaran sehingga RM300 serta hadiah eksklusif bagi telefon pintar Xiaomi dan produk ekosistemnya yang terpilih. Berikut adalah senarai harga promosi telefon dan produk ekosistem Xiaomi untuk rujukan anda:

Produk XiaomiRRP (RM)Harga Promosi (RM)Lazada/Shopee URL
Redmi 9C (2GB+32GB)399299Lazada | Shopee
Redmi 9C (3GB+64GB)479399Lazada | Shopee
Mi Smart Band 516969Eksklusif Lazada
Mi Smart Band 6189169Lazada | Shopee
Mi Watch469399Lazada | Shopee
Mi Watch Lite249199Lazada | Shopee
Mi True Wireless Earbuds Basic 28949Lazada | Shopee
Mi True Wireless Earphones 2 Basic13979Lazada | Shopee
Mi In-ear Headphones399.90Lazada | Shopee
Mi TV P1 32″999849Lazada | Shopee
Mi TV P1 43″17991499Lazada | Shopee
Mi TV P1 55″24992399 + Pek Hadiah AloT** atau Jam tangan pintar Mi***Lazada | Shopee
Mi TV Q1 75″7999Pek Hadiah AloT** + Air Purifier Pro H (bernilai RM1765)Lazada | Shopee
** Pek Hadiah AloT PERCUMA tersedia untuk produk Xiaomi terpilih, sementara stok masih ada.
*** Jam tangan pintar Mi PERCUMA (bernilai RM 469) akan diberikan jika Pakej Hadiah AloT ditebus sepenuhnya untuk Mi TV P1 55″

vivo – Promosi berbeza di Lazada dan Shopee

vivo Malaysia juga tidak ketinggalan mengadakan promosi bersempena 9.9 di Lazada dan Shopee dengan beberapa produk eksklusifnya. Sekiranya anda membeli telefon vivo di Shopee, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga 95% dan pulangan tunai syiling Shopee sebanyak 15%. Sekiranya anda mendaftarkan diri dalam program keahlian vivo melalui kedai rasmi vivo di Shopee Mall, anda dapat menikmati baucar eksklusif khusus ahli sehingga RM100.

Tambahan, untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, pelanggan memperoleh 1 mata yang mana ia boleh dikumpul dan ditukarkan kepada bentuk kupon. Dengan kupon tersebut, anda boleh menukarkannya kepada hadiah yang telah disediakan. Selain itu, ahli juga dapat memperoleh mata berganda apabila mereka membeli peranti vivo dari 7 hingga 9 September 2021.

Sementara itu, di Lazada juga terdapat potongan sehingga 95% bergantung pada telefon yang dibeli. Anda bakal menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM598 termasuk kotak hadiah X60, vakum kereta, pengering rambut Khind, bantal leher V21 berbentuk U, fon telinga sukan wayarles, klip topeng muka dan power bank.

Pelanggan yang membelanjakan minimum RM100 akan menikmati potongan harga sehingga 95% dengan maksimum potongan RM29. Untuk setiap perbelanjaan berjumlah RM99, pelanggan berhak mendapat Bonus Lazada diskaun sehingga RM9. Istimewanya, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad kredit CIMB akan menerima diskaun sehingga RM70 dengan perbelanjaan minimum RM1099.

Telefon vivoRRP (RM)Harga Promosi (RM)Platform
X50 Pro 5G (8GB+256GB)31991999Shopee dan Lazada
X50 5G (8GB+128GB)23991599Lazada
V20 Pro (8GB+128GB)18991299Lazada
V20 SE (8GB+128GB)1199899Lazada
V20 (8GB+128GB)1499999Lazada
Y20 (4GB+64GB)599n/aLazada
Y20s G (6GB+128GB)749679Shopee dan Lazada
Y20s (8GB+128GB)899799Lazada
Y12s (4GB+128GB)699599Shopee
Y31 (8GB+128GB)999899Shopee dan Lazada
Y1s (2GB+32GB)459368Shopee dan Lazada
Y33s (8GB+128GB)999n/aShopee
Y33s + Instax Mini 912571187Shopee
Y33s + Instax Mini Link Printer15471387Shopee

realme 9.9 Tawaran Kaw Kaw

Yang terakhir, realme Malaysia akan melancarkan 9.9 Tawaran Kaw Kaw dengan potongan sehingga 65% di Lazada dan Shopee. Peminat realme kini boleh membeli realme GT Master Edition (8GB + 128GB) yang baru dilancarkan minggu lalu pada harga promosi RM1399 di Lazada. Bagi yang berminat untuk mendapatkan storan dalaman yang lebih besar, mereka akan menerima Soundbar realme percuma bernilai RM129 dengan membeli realme GT Master Edition (8GB + 256GB). Berikut adalah jadual untuk rujukan anda:

Produk realmeRRP (RM)Harga Promosi (RM)
GT Master Edition (8GB+128GB)14991399
GT Master Edition (8GB+256GB)1699n/a
Pencukur Janggut12979
Watch 2229149
realme 7 5G1299799
Buds Q212979
Buds Air 2 Neo169129
Buds Air 2199169
realme Book (i3, 8GB+256GB)29992699

Beritahu kami di Facebook produk manakah yang anda akan beli dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version