Site icon TechNave BM

Senarai telefon pintar (selain Pixel) yang boleh menggunakan Google Stadia, bermula 20 Februari ini

Terdahulu, Google Stadia telah dilancarkan pada tahun lepas, tetapi ia hanya boleh digunakan melalui telefon pintar Google Pixel. Google Stadia kini meluaskan arenanya dan membenarkan jenama telefon pintar lain menggunakannya!

Anda boleh menggunakan Stadia bermula pada 20 Februari 2020 ini. Apa pun, tidak semua jenama telefon pintar boleh menggunakan Stadia (hanya yang disenaraikan). Namum, kami pasti senarai ini hanya permulaan dan bakal dipanjangkan untuk jenama telefon pintar lain. Jom lihat senarai di bawah yang telah dibuat oleh Android Authority:

Sumber turut melaporkan kegusaran mereka mengenai batasan operasi sistem Stadia untuk peranti yang sudah lama dalam industri teknologi ini. Kami juga masih tiada maklumat rasmi tentang keberadaan Stadia di Malaysia.

Adakah anda berpuas hati dengan khabar ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version