Site icon TechNave BM

Senarai telefon Xiaomi, POCO, Redmi, Black Shark yang dapat kemas kini Android 11 didedahkan

Beberapa bulan lalu, Android 11 sudah diperkenalkan untuk industri peranti pintar, khususnya telefon pintar. Terdapat beberapa jenama yang sudah mengumumkan jadual dan senarai kemas kini Android 11 seperti realme dan Samsung. Terkini, terdapat senarai telefon Xiaomi dan Redmi yang akan mendapat kemas kini Android 11.

Anda boleh melihat senarai peranti Xiaomi seperti Mi, Redmi, POCO dan Black Shark yang akan mendapat kemas kini Android 11. Namun, terdapat juga beberapa peranti yang tidak akan mendapat Android 11 seperti siri Redmi Note 7, beberapa model Redmi 8 dan kesemua peranti yang dilancar dengan MIUI 9.

Berdasarkan senarai, terdapat peranti yang masih berada dalam tahap Open Beta, ujian dalaman, peranti yang dijangka dapat dan peranti yang telah dapat kemas kini Android 11. Apa pun, perlu diingatkan bahawa senarai ini bukanlah dari sumber rasmi dan Xiaomi masih tidka mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai senarai ini.

Adakah telefon pintar milik anda layak mendapat kemas kini Android 11? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version