Site icon TechNave BM

Senator AS mahu semua peranti elektronik gunakan port yang sama seperti di EU

Minggu lepas, Parlimen Eropah mewajibkan semua elektronik beralih ke port pengecasan USB-C. Kini, sumber telah melaporkan bahawa dua Senator Amerika Syarikat (AS) telah menulis surat terbuka kepada Setiausaha Perdagangan AS untuk mengikuti jejak Kesatuan Eropah (EU). 

Surat tersebut ditulis oleh Senator Edward J. Markey dan Elizabeth Warren menekankan penyeragaman port pengecasan demi mengurangkan sisa elektronik dan memudahkan pengguna daripada segi kewangan juga.

Ini termasuk semua telefon pintar, tablet, pembesar suara mudah alih, e-pembaca, konsol game mudah alih, kamera dan fon kepala. Komputer riba juga akan berada di bawah undang-undang baharu ini tetapi tidak akan berkuat kuasa sehingga 40 bulan selepas undang-undang berkuat kuasa untuk elektronik kecil.

Di dalam surat tersebut, mereka menggesa untuk menyelaraskan dengan pejabat dan agensi di seluruh Jabatan Perdagangan dalam membangunkan pelan komprehensif yang akan melindungi kedua-dua pengguna dan alam sekitar dengan menangani kekurangan piawaian pengecasan AS.

Demi inisiatif ini, Apple dilaporkan telah menguji port pengecasan USB-C untuk iPhone masa depan, walaupun tidak jelas sama ada ia akan tiba dengan iPhone 2023 atau iPhone 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version