Senheng kini memperkenalkan penyelesaian solar lengkap yang boleh didapati di lebih 100 cawangan Senheng dan senQ di seluruh Malaysia. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang memuji usaha ini sebagai langkah penting ke arah matlamat tenaga hijau negara.
Pakej solar Senheng menawarkan penjimatan sehingga 95% pada bil elektrik dengan pelan fleksibel termasuk pembiayaan tanpa faedah sehingga 36 bulan. Bermula dari RM17,000, pakej ini juga memberi pulangan pelaburan dalam tempoh 5-7 tahun selain mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan nilai hartanah.
Untuk meraikan pelancaran ini, pelanggan akan menerima Pulangan Tunai S-Coin sebanyak 10% bagi setiap pembelian sistem solar. Dengan kerjasama jenama terkemuka seperti Solaroo dan Panasonic, Senheng komited memudahkan rakyat Malaysia beralih kepada tenaga lebih mampan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

