Site icon TechNave BM

Seorang juruteknik ubah suai iPhone 14 Pro Max, tambah paparan melengkung seperti peranti Samsung

Semakin ramai juruteknik yang membuat eksperimen terhadap pembangunan iPhone. Kini, seorang juruteknik perkakasan telah mengubah suai iPhone 14 Pro Max dengan menambah paparan yang melengkung di bahagian sisi seperti peranti Samsung Galaxy.

Pengguna Twitter @lipilipsi, seorang juruteknik perkakasan iPhone mengisytiharkan dirinya sebagai pakar dalam pengubahsuaian peranti Apple, mempamerkan projek terbarunya dengan beberapa imej dan video ringkas. Pengubahsuaian itu melibatkan bingkai keluli tahan karat ‌iPhone‌ dan menambah paparan baharu, tetapi semua komponen lain peranti masih dikekalkan. 

@lipilipsi telah melakukan beberapa pengubahsuaian ‌iPhone‌ inventif lain termasuk menambah paparan belakang menggunakan Apple Watch, menukar port Lightning iPhone 13 kepada USB-C dan mengalihkan keseluruhan peranti ke selongsong lutsinar untuk melihat komponen dalaman.

Paparan melengkung kelihatan seperti telefon pintar Samsung Galaxy yang mempunyai paparan melengkung dan rata di sisi iaitu Galaxy Note Edge pada 2014. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version