Site icon TechNave BM

Seorang rakyat Malaysia realisasikan impian dengan membuka kedai Xiaomi Shop-in-shop pertamanya

Encik Errick Lim, seorang peminat Xiaomi kini menjadi pemilik perniagaan untuk merealisasikan impiannya sebagai peminat dengan membuka Kedai-dalam-kedai (Shop-in-shop) Xiaomi di Kluang, Johor.

Errick adalah seorang usahawan berusia 34 tahun dari Kluang dan pengedar runcit rasmi di bawah Xiaomi Technologies di Malaysia. Perjalanannya bermula selepas menamatkan pengajian dalam Diploma Kejuruteraan Komputer kemudian memulakan perniagaan perkongsian dengan beberapa rakan kolej dengan menjual komputer riba.

Pada tahun 2015, beliau memulakan usaha pertamanya dengan Xiaomi dengan pelancaran Redmi Note 3. Sejak itu, Errick mengikuti minat dan impiannya dengan membuka pengedar telefon pintarnya sendiri betumpukan lebih pada produk Xiaomi. Setelah tujuh tahun, Errick berjaya membuka Kedai-di-kedai Xiaomi pertamanya.

Inspirasinya datang daripada CEO Xiaomi, Lei Jun yang mengatakan sentiasa percaya sesuatu yang indah akan berlaku. Selaras dengan misinya, dia bermula secara kecil-kecilan dengan pergi ke dalam talian terlebih dahulu selama beberapa tahun termasuk tempoh pandemik. Kini setelah dia mempunyai kedai sendiri, dia merancang untuk mengembangkan saluran perniagaan ke TikTok dan YouTube.

Errick menggalakkan peminat dan pengguna Xiaomi untuk mengikuti impian mereka dan sentiasa percaya sesuatu yang indah akan berlaku. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version