Site icon TechNave BM

Seorang YouTuber China bangunkan iPhone boleh lipat dengan gabungan Motorola Razr

Seorang YouTuber China telah berusaha keras dalam membangunkan iPhone boleh lipat daripada bahagian sedia ada. Dia menggabungkan komponen dalaman ‌iPhone‌ dengan casis (chassis) boleh lipat Motorola Razr. 

Peranti yang dihasilkan menjadi ‌iPhone‌ yang boleh dilipat dua. Namun, video ini dalam bahasa Cina dengan sari kata dan berjalan melalui proses yang digunakan untuk menyahbina kedua-dua peranti. Semua komponen dalaman ‌iPhone‌ X telah dialih keluar dan direka semula untuk dimuatkan di dalam chassisMotorola Razr boleh lipat.

Ia diberi nama “‌iPhone‌ V” yang masih menjalankan iOS dan paparan jelas bengkok separuh. Beberapa model iPhone telah dikeluarkan dan ditukar kepada reka bentuk boleh lipat walaupun panduan ini lebih fokus pada ‌iPhone‌ X.

Khabar angin mencadangkan bahawa Apple sedang mengusahakan prototaip ‌iPhone‌ yang boleh dilipat. Setakat ini, masih tiada sebarang maklumat kukuh mengenai rupa iPhone boleh dilipat atau bila ia akan dilancarkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Macrumors

Exit mobile version