Site icon TechNave BM

Seperti biasa, Samsung lancarkan beberapa iklan yang menyindir iPhone 14

Sejak beberapa tahun lalu, selepas Apple melancarkan siri telefon pintar iPhone yang terbaharu, Samsung akan mengeluarkan beberapa iklan yang menyindir telefon tersebut. Memandangkan Samsung adalah pesaing utama kepada Apple dalam industri telefon pintar, iklan-iklan ini sering menghiburkan para pelanggan dengan jenaka sinis terhadap iPhone.

Tahun ini juga tidak terkecuali untuk siri iPhone 14 yang baru dilancar pada hari Khamis lalu. Selain melancarkan video “Join The Flip Side” sebelum ini, Samsung turut berkongsi beberapa iklan gambar mengenai kekurangan inovasi dalam telefon pintar Apple.

Dalam satu iklan, Samsung membuat sindiran terhadap iPhone 14 Pro yang merupakan iPhone pertama dengan kamera utama 48MP. Samsung telah pun menghasilkan kamera utama dengan sensor 108MP sejak dua tahun lalu dalam Samsung Galaxy S20 Ultra.

Selain itu, Samsung turut berbangga terhadap ketiadaan telefon lipat oleh Apple. Samsung melancarkan iklan dengan slogan “What the Flip, Apple?” dan “What’s the hold on the Fold, Apple?”, menandakan bahawa Apple masih lagi ketinggalan jauh dalam industri telefon lipat.

Pada tahun-tahun lalu, Samsung menyindir Apple apabila iPhone tidak mempunyai bicu audio 3.5mm, tidak menawarkan pengecas dalam kotak dan masih mempunyai takuk yang tebal di bahagian atas skrin. Sungguh pun begitu, Samsung akan berbuat perkara yang sama untuk telefon-telefonnya yang dilancar pada tahun kemudian.

Beritahu kami di Facebook jika anda terhibur dengan gelagat Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version