Site icon TechNave BM

Sertai Jinnyboy dan ramai lagi dalam menyambut kehadiran Samsung Galaxy S21 pada malam ini!

Samsung akan menganjurkan acara Galaxy Unpacked yang pertama untuk tahun 2021 pada malam ini jam 11:00 malam, di mana siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 dipercayai akan dilancar secara rasmi. Khas untuk peminat Samsung di Malaysia, anda boleh melihat video kiraan awal (countdown) sebelum acara tersebut di mana pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi.

Kiraan awal untuk Galaxy S21 akan bermula pada jam 10:30 malam dan akan diacarakan oleh selebriti influencer tempatan Jinnyboy, Shu Faye dan Brandon Ho. Penonton siaran awal ini akan menjadi yang pertama untuk menerima maklumat tentang pra-tempahan Galaxy S21.

Anda boleh lihat siaran kiraan awal Galaxy Unpacked ini di YouTube Samsung Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan Samsung Galaxy S21 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version