Site icon TechNave BM

Sertai peraduan 99 Nights in Portrait dan berpeluang menang hadiah sehingga RM5000

vivo Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk merakam dan mempamerkan potret malam terbaik mereka dengan menyertai peraduan 99 Nights in Portrait dari 5 Oktober hingga 5 November 2022. Diadakan sempena pelancaran siri vivo V25, vivo Malaysia berharap dapat menggalakkan pengguna untuk menunjukkan kreativiti mereka dan meneroka tangkapan gambar dalam mod potret malam.

Selain itu, peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia sama ada pengguna vivo atau bukan vivo untuk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM5,000. Apa yang anda perlu lakukan ialah menangkap gambar pada waktu malam yang mempamerkan kreativiti dan kemahiran fotografi anda dalam gelap.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk menyertai:

  1. Tangkap sebarang foto potret malam dengan telefon pintar anda. Pengguna vivo digalakkan untuk meletakkan tera air/tanda dagang (watermark) pada gambar
  2. Muat naik foto itu ke mana-mana platform sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter dengan hashtag #vivo99NightsInPortrati dan #vivoMalaysia

Untuk peraduan ini, vivo menawarkan 20 hadiah menarik iaitu:

  • Hadiah utama: Telefon pintar vivo V25e (1 unit)
  • Hadiah pertama: DJI OM6 (1 unit)
  • Hadiah kedua: Joyoung Soy Milk Maker (1 unit)
  • Hadiah ke-3: Pengisar jus mudah alih Joyoung (17 unit)

Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook rasmi vivo Malaysia untuk lebih banyak kemas kini langsung mengenai peraduan peraduan 99 Nights in Portrait. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version